Siapakah lelaki yang mencium dahi Raja Salman?

KORANFAKTA.NET, KUALALUMPUR – Beredar gambar memaparkan seorang lelaki Malaysia mencium dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang bertebaran di media sosial telah menimbulkan tanda tanya  banyak pihak tentang identitas lelaki tersebut.

Mengutip  al-Arabiya, gambar keakraban mereka berdua ternyata menarik minat para netizen untuk mengetahui apa hubungan istimewa lelaki berkenaan dengan Raja Salman.

Syaikh Hussain Yee mengecup kening Raja Salman tanda hormat
Syaikh Hussain Yee mengecup kening Raja Salman tanda hormat

“Beliau adalah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana Islam Malaysia-China dan merupakan seorang pendakwah Islam yang memeluk agama suci Islam pada usia 18 tahun,” kutip media tersebut.

Raja Salman tiba di Malaysia pada 26 Februari lalu bagi melakukan lawatan negara selama empat hari yang berakhir hari ini.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke negara Asia sejak menaiki takhta pada 2015.

Kunjungan yang pertama Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Sheikh Yee mempunyai sejarah yang panjang dengan Arab Saudi, beliau merupakan mahasiswa Universitas Madinah yang juga merupakan penuntut bahasa Arab dan Islam di Universitas tersebut.

Beliau juga adalah presiden dan pengasas pertubuhan Al-Khaadem di Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Kaunselor dan Pegawai Mubaligh di Perkim, Kuala Lumpur,dan merupakan bekas Pengarah Dakwah untuk Pusat Islam di Hong Kong pada 1984-1985.

 

Sumber  : Sinarharian

Editor : Agung Budiarto